Tidak boleh dipersoalkan lagi bahawa hidup kita dan bumi kita berpijak ni penuh denganPELUANG. Secara purata, banyak yang kita dapat lihat orang mempunyai kewangan yang kukuh dan secara jelas kaya melalui perniagaan rangkaian (Networking Business) walaupun mereka ini tiada kelebihan dalam kehidupan dari segi pendidikan mahupun kewangan. Namun, walaupun peluang diberi secara sama-rata kepada semua, hanya segelintir kecil sahaja yang menyedari potensi perniagaan rangkaian (Networking Business).
Bila kita teliti mereka yang sudah berjaya dan bandingkan mereka dengan yang tidak berjaya, susah nak bezakan antara mereka. So, bagi nak memudahkan perbandingan dan penelitian sy bezakan mereka ni dengan “Losers” and “Winners”. Dalam konteks ni istilah “Losers” bukan penghinaan semata tapi hanya nak gambarkan orang yang tak berjaya mencapai potensi mereka.
“Winners” tidak kelihatan seperti lebih bijak dari “Losers”, dan tak juga kelihatan lebih terpelajar. Status social juga tak kelihatan menjadi faktor. Bila kita teliti betul-betul diorang ni, purata “Winners” dan purata “Losers” sama je, yang membezakan diorang hanya satu benda saja, “Winners” mempunyai pemikiran POSITIF…”Losers” pula, kebanyakkannye adalah orang yangNEGATIF.
Pertama, kita tengok mereka yang berfikiran NEGATIF. Satu persamman antara mereka ialah mereka tidak labelkan diri mereka sebagai NEGATIF. Mereka tidak teragak-agak mengatakan diri mereka sendiri sebagai POSITIF. Ini adalah kelemahan terbesar manusia. Mereka ni tak ada objektif terutamanya untuk diri mereka.
“Losers” yang sangat nyata ataupun terang-terangan adalah mereka yang tak pernah menyertai mana-mana perniagaan rangkaian (Networking Business). Sebab ape???senang kata, diorang gagal lihat atau kenalpasti PELUANG yang bagus di depan mata diorang. Malah, dengan cepat diorang berikan pelbagai alasan mengatakan bisnes macam ni x boleh pakai and takkan berjaya. Ungkapan atau ayat-ayat yang biase diorang bagi:
"1. Saya tak de masa…""2. Kawan-kawan saya takkan berminat dengan bende ni…""3. Sangat berisiko laa…""4. Biar saya fikirkan dulu, saya akan kaji bila saya ada masa..""5. Call saya balik 6 bulan lagi…""6. Saya x de duit laaaa nak buat modal….""7. Nampak macam Skim Piramid je…"
Secara ringkasnya, diorang ni akan bagi pelbagai alasan untuk menghalang diri mereka berjaya
No comments:
Post a Comment